Kehidupan awal Amai_Kamarudin

Beliau dibesarkan di Cheras, Kuala Lumpur dan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Setelah tamat pengajian SPM di SMK Dusun Nanding, Amai menyertai PLKN selama 3 bulan di Setiu, Terengganu. Setelah itu Amai Kamarudin bekerja kilang aksesori kereta di waktu pagi dan mencari duit tambahan dengan bekerja sambilan di Jusco sebagai pemotong ikan di sebelah malam. Walaupun Amai memang berimpian untuk menjadi artis sejak kecil tetapi peluangnya hanya tiba pada tahun 2008 setelah mengikuti rakannya yang mengajak beliau untuk menemaninya di set pengambaran.

Pada 7 Julai 2018, Amai mendirikan rumahtangga[1] dengan pelakon baru Elanie Aidid dan selepas berkahwin mereka membuka syarikat perusahaan baju kemeja batik, baju kebaya batik, baju dress batik dengan jenama "Udara Batik" dan percetakan baju t silkscreen "Udara Clothing" yang direka oleh Amai Kamarudin sendiri. Amai aktif menyertai booth-booth usahawan di Malaysia bagi mempromosikan baju batik seperti yang terbaru di Maeps Serdang dan Jom Heboh TV3.

Amai juga memiliki syarikat penerbitan iaitu Millionaire Films Production (MFP) yang sedang membuat pra produksi filem seram bertajuk "Amukan Kuntilanak" yang telah dilancarkan teaser pada 24 Julai 2019 di Ruang, Shah Alam dan dijangka menjalani pengambaran pada tahun 2020.

Idola yang diminati dan menjadi inspirasi Amai adalah pelakon P. Ramlee, Salleh Kamil , Luke Evans dan Johnny Depp serta berhasrat untuk menembusi pasaran Hollywood pada satu hari nanti.